
Waaaaa......... gile stress hari nie!!!....
Dahla tadi ade pertandingan menulis cerpen dari kul 7.30 sampai 10.00 tp aq habis buat lambat sikit,dalam pukul 10.45 .. Ckgu bagi time sampai kul 11.00 je,patah perkataan cikgu nak 500... Atoi.... Title kena reka sendiri.... Last2 aq pakai hentam je title die,nak tahu ape?? Haha.. BAHASA , JANGAN KAU PIJAK (ohok! poyonye..) Yela,sebab theme die Satu Bahasa,Satu Cita... Huh!
Nak tahu x cerpen aq cmne?... Kalau xnk thu sudahh,... Yg nak tahu cerpen aku cmne..... Click bawah lg...
BAHASA , JANGAN KAU PIJAK
Hari yang cerah seiring dgn tiupan angin yg menyamankan telah mengiringi aku seorang pmuda yg berkulit putih dan rambut berwarna keperang-perangan yg pertama kalinya menjejekkan kaki ke tanah tumpah rakyat di sini iaitu MalaysiaAku ke sini bersama-sama dengan sebuah hajat & impian yg besar yg ku bawa dari negara kelahiranku,Scottland iaitu aku ingin mempelajari sedikit sebanyak tentang budaya masyarakatdi sini.Aku juga memiliki kesukaran untuk berbahasa melayu kerana aku sangat benci untuk mempelajarinya.Pernah suatu ketika dahulu,aku telah meminta jasa baik seorang pemuda dari Malaysia yang ketika itu melanjutkan pelajarannya bersamaku.Aku telah ditampar olehnya kerana ketika aku disuruh untuk mencuba menyebut perkataan aku telah menyebutnya dgn salah dan maksud perkataan itu amatlah kasar.Suara garau yg sedang menyapaku telah mematikan lamunanku.
''Encik,nak naik teksi?'' kata seorang lelaki yg di pertengahan umur itu.''Can you speak english? I cannot understand what u are talking about!'' tanyaku dgn nada yg marah.Ya,memang aq marah ketika itu kerana aq benci utk mendengar bahasa itu.''Teksi?'' kata lelaki itu lagi.Baru aku sedari terdapat sebuah teksi di sebelahku lalu aq berkata kpd lelaki itu ''Uuu,taxi! Can I go in?'' ''Ha,in,in,in!'' kata pemuda itu dgn tergopoh-gapah.
Selang beberapa jam,tibalah aq di sebuah kondominium yg terletak di Damansara.Bangunan kondominium tersebut mempunyai seni bina & reka bentuk yg unik,indah serta mewah.Aku akn menetap di kondominium yg mewah ini bersama rakan seperjuangan lamaku yg pernah menjadi teman karibku ketika kami sama2 melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti yg terletak di Scottland pd waktu dahulu.Aku akn menetap di sini selama berbulan-bulan lamanya.
Sesampai sahaja aq di hadapan pintu rumahnya,aku menekan suis loceng rumah yg telah disediakan.Lantas pintu rumahnya dibuka oleh seseorang yg sgt aq kenali.''Hey,Raymond! I am waiting for u.What drag u for so long?'' kata Adam temanku itu.''Oh,pardon me.I did not know that.'' balasku.Setalah itu aq dijemput masuk oleh Adam & dijamu makanan2 yg sungguh menyelerakan walaupun aq tidak tahu nama2 makanan yg disediakan ini.Bak kata mutiara,perut lapar semua lemak.
Semasa kami sedang mkn dgn penuh berselera,aq mengambil kesempatan ini utk bertanya tentang nama2 makanan yg dihidang di hadapanku ini.''Adam,what are the names of all these food?'' ''Oh,this is lepat pisang,nasi lemak,sambal belacan,bahulu & this is apam.'' jawab Adam sambil menuding jarinya menunjukkan setiap makanan yg disebut.''A...pam... Is it right?''
To be continue.....
Hehe,sory sampai sini je sebab tk igtla apelg... Tgokla kalau dpt cerpen 2 balik,aku sambung he... Thanks sebab bace... Hmm,... dah x stress dah.. hihi..
.

Bye2,nak relax jap.....
No comments:
Post a Comment